Tuesday, June 29, 2010

Weekend yang lalu..







wiken lepas, aku ngn beberapa mmber aku pergi berkelah di sungai pertak, yang terletak di kuala kubu baru.. dapat gak la lepas gian lama tak mandi sungai.. sejuk dia lain macam.. heheh.. best, best, best... dalam tgh syok2 mandi tuh, tetiba, Cik Emon @ Cik anes, Patrick dan Bude (adek Cik Emon) bleh plak lemas, azan plak dengan sepantas kilat, cuba nk menyelamatkan mereka. Tapi apakan daya, dengan azan skali hampir lemas, ini adalah kerana, Patrick @ Beruang Kutub terlalu besar bagi azan untuk diselamatkan, lalu aku terpaksa merisikokan kamera aku, cuba menyelamatkan mereka dan menarik mereka ke tebing. heheh.. habis je bermandi manda, kami pun singgah di Dem Selangor, dimana pada suatu ketika dahulu, disitu terletak sebuah perkampungan orang asli kuala kubu bharu, yang kini telah dipindahkan ke kg pertak, demi pembinaa dem itu.






Tempat tu chanteq la kalau nk buat fotografi. Pemandangan dia pun chanteq, angin yang tenang dan aman.. rugi la sape yang pergi area kuala kubu baru tak singgah kat situ..






Hari ahad plak, plan nyer nak naik bukit broga, oleh kerana halangan yang tidak boleh dielakkan (Hujan) kami terpaksa berpatah balik, kami sempat bersarapan bersama Rivaldo @ Hafiz. Dia bawa kami ke kedai makan yang sangat ceruk, memang kalau takde orang yang bagitau tempat tu, orang tak kan tau nyer tempat tu. Tempat tu sangat popular dengan roti canai dia yang sangat lembut dan sedap. Nasi lemak dia pun boleh tahan sedap dia..






Hari ahad petang pulak, aku ada perlawanan persahabatan dengan Kelab FHTM @ Faculty of Hospitality and Tourism Management dari UniRAZAK dimana tempat aku bekerja. Perlawanan itu berkesudahan seri tanpa jaringan, tapi dari situ kami dapat tau kemampuan kami dan akan memperbaiki kelemahan kami kalau ada lagi perlawanan persahabatan pada masa akan datang (cakap macam nk main pro plak.. heheheh).

No comments:

Post a Comment