Sunday, July 3, 2011

Disebalik Israk dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj
Pada suatu malam ketika Rasulullah sedang tidur, tiba tiba beliau di datangi oleh 2 malaikat iaitu Jibrail dan Mikhail, baginda telah menjalani proses pembedahan dan hati beliau telah di cuci dengan air zam zam, maka dibuangkan ketulan ketulan hitam iaitu tempat Syaitan membisikkan was wasnya, kemudian di tuangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah. Kemudian dada baginda di jahit dan selesai pembedahan baginda di datangi satu binatang bernama Buraq yang mana ia boleh berjalan dengan sepantas kelajuan kilat dan maka bermulalah peristiwa luar biasa baginda bernama israk.

Ketika Israk
Israk adalah perjalanan baginda dari Mekah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis Israel / Palestin kini. Sepanjang perjalanan baginda di temani oleh dua malaikat Jibrail dan Mikhail. Di dalam perjalanan itu Jibrail mengarahkan baginda agar berhenti di beberapa tempat mulia dan bersejarah serta menunaikan solat sunat 2 rakaat seperti :
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Di dalam perjalana israk juga baginda turut di ganggu oleh jin Afrit dengan api jamung dan Jibrail telah mengajarkan baginda satu doa untuk mengelak dari gangguan tersebut.

Di dalam perjalanan tersebut beberapa peristiwa telah baginda saksikan (untuk menjadi pengajaran kepada umat manusia akhir zaman) seperti :
  1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
  3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
  11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di Masjidil Aqsa, Buraq telah ditambat di suatu tempat dan baginda solat berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Jibrail menghulurkan kepada baginda minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Ketika Mikraj
Mikraj bermakna menaiki tangga ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah (tangga emas dan perak dari bumi ke langit ke-7 hingga menemui Allah di tangga ke 10). Mikraj adalah merupakan tangga dari syurga yang mengangkat baginda dan malaikat Jibrail pintu langit dunia di beri nama Hafzhah. Di sepanjang perjalanan melepasi lapisan lapisan langit itu beberapa peristiwa berlaku hingga lah ke tangga ke 10 seperti :

  1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan
  2. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
  3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
  4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
  5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
  6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu
"LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH",

mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:

SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan
WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM.
Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah)

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata- permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al- Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad

Dikatakan antara dialog Allah dan baginda adalah (saya ringkaskan untuk mengelakkan kekeliruan) :
  1. Aku ambilmu sebagai kekasih.
  2. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.
  3. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat.
  4. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat.
  5. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu.
  6. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy.
  7. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar.
  8. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu.
  9. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.


Intipati isi ini telah saya permudahkan untuk di baca dan di fahami oleh pembaca umum dan juga di ambilo dari beberapa pembacaan dan juga laman web.

DI bawah saya turut sertakan maksud maksud perkataan dan terma tertentu bagi memudahkan pemahaman iaitu :
  1. Buraq - adalah sejenis makhluk ciptaan Allah yang menyerupai haiwan sedikit besar dari keldai dan sedikit kecil dari baghal (haiwan kacukan keldai dan kuda), ada juga mengatakan ia haiwan berupa kuda putih dan bersayap burung berbulu pelepah, namun apa yang pasti ia dijadikan oleh Allah tanpa daging, darah dan tulang sebaliknya ia diciptakan dari cahaya, itu sebabnya dinamakan Buraq iaitu bermakna kilat cahaya. Apakah implikasi dan konsep pergerakkan pantas zaman Baginda yang di adaptasi zaman kini????? iaitu konsep kelajuan cahaya untuk bergerak pantas, saintis kini menjalankan pelbagai ujian dan pengiraan untuk mencipta mesin yang boleh bergerak dengan kelajuan cahaya.
  2. Arasy - bermakna tempat bersemanyam Allah menurut Al-Quran, ia juga bermakna singahsana, bangunan, istana dan juga takhta, namun kita tidak boleh menyamakan kaedah Allah bersemanyam dengan cara makhluk bersemanyam/duduk. Kerana Allah tidak boleh di samakan dengan apa sekali pun makhluk yang ada di dunia hatta alam galaksi ciptaanya, maka dengan ini hanya Allah sahaya yang mengetahui.
  3. Ketika ini jugalah arah kiblat bertukar dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram (Mekah)

Wallahuallam......

Tuesday, June 28, 2011

1 Hari..

29 Jun 2011,

Tinggal sehari jer lagi aku kat UniRazak ni.. Terharu ada, Sedih ada, Gembira ada.. Semua aku dh rasai kat UniRazak ni.. semua kenangan2 tu akan aku bwak ke tempat kerja aku yang baru..

Kepada mereka2 yang selalu kna kacau ngn aku, 10 jari disusun memohon kemaafan andai aku ada terkasar bahasa, tersakitkan hati kalian.. Maafkan aku, aku ni sekadar seorang hamba Allah yang hina.. tidak lepas dari kealpaan..

Aku masih akan perjuangkan Nama UniRazak lagi, walaupn aku dh tinggalkan UniRazak.. heheh.. apa yang akan aku perjuangkan adalah dalam arena bola sepak.. heheh. ada friendly tak lama lagi..

Friday, June 24, 2011

Juru - Gambar..

Honestly speaking.. can i be your personal photographer? can i take your picture everyday until the end of my life without fail? can i be your.............


Ya Allah Yang Maha Mengetahui,

Seandainya dia adalah yang terbaik untukku, untuk agamaku, untuk masa depanku, untuk keluargaku, maka Kau satukanlah hatinya dengan hatiku, kurniakanlah aku kesabaran, keteguhan serta kekuatan, dalam perjuangan untuk memperisterikannya.
Kau lembutkanlah serta Kau bukalah hatinya untuk menerima aku seadanya sebagai mana aku menerimanya Ya Allah.. Kau jauhkanlah segala musibah dan percepatkanlah jodoh kami.

Ya Rabb,

Dan Seandainya dia bukan jodohku, Kau jauhkanlah dia dariku supaya aku terselamat dari perbuatan maksiat dan putus asa.

Amin Ya Rabbal Alamin..

Amin Ya Rabbal Alamin..


Saturday, June 18, 2011

UniRazak Dihati Ku.. :D



Through out my 2 years ++ at the univerisity.. banyak pahit manis yang telah aku lalui.. but most of them manis2 belake.. hehehe..
banyak ilmu serta pengalaman yang aku dah dapat sewaktu aku bekerja disini... walaupun aku akan berhijrah ke tempat lain, tak beerti aku akan lupakan tempat ni.. tempat ni la yang mnjadikan aku sekarang ni.. tempat ni la yang banyak bg aku ilmu tentang kerja2 yang aku lakukan sekarang.. dan orang2 kat tempat ni lah yang telah sedikit sebanyak mmberi seribu erti dalam hidup aku.. terima kasih para sahabat serta para perjuang Universiti Tun Abdul Razak.. jasa kalian semua takkan dapat aku balas.. Semoga Allah membalas jasa baik kalian smua.. dan jangan biarkan semangat juang demi menaikkan taraf universiti ni sebagai antara universiti yang terulung di Malaysia luntur dari dalam diri kalian smua.. akhir kata.. Unirazak DIHATI ku..

P/S : klau ada orang2 yang takde dalam gmbar tu, maaf yer, slide tak lama, 3 mnit jer.. nk ltak smua nnti, dh abes lagu, gmbar tak abes2 lagi.. walauapa pun, kalian semua tetap akan berada didalam hati saya.. :D

Sunday, June 12, 2011

Jawapan yang Pasti

Mungkin itulah jawapan bagi solat istikharah yang aku lakukan tu. Mungkin sudah smpai masanya aku pergi, Aku redha dgan apa yang telah terjadi.. Segala usaha aku kat sini, segala penat lelah aku kat sini, macam langsung tak dihargai, aku sedar, sejak akhir2 ni aku sering datang lambat, tapi tak bermakna segala kerja2 yang diberikan tu tak siap, aku siapkan kerja aku walaupun aku terpaksa stay back smpai kul 11 skali pun.. Lumrah manusia, selalu mencari kesalahan orang, apabila kita melakukan kebaikan, mereka langsung tak nampak dan tak hargai.. Aku hanya mampu bersabar buat masa ni.. 17 hari yang mendatang akan mnjadi 17 hari yang paling lama dalam hidup aku.. apa lagi yang mampu aku lakukan selain usaha, doa dan tawakkal kepada Allah Yang Maha Esa.. Ya Allah, Semoga Kau permudahkan segala urusan ku yang mendatang..

Thursday, June 9, 2011

Warkah Buatmu

Assalamualaikum...

Apa khabar bidadariku? Semoga bakal isteriku ini sentiasa tenang berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal alamin..

Bidadariku,

Tahukah dikau yang aku sentiasa merinduimu? Aku sentiasa berdoa agar dipertemukan denganmu kelak dan sesunggunhnya Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Dia telah menemukan aku denganmu.. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, namun aku dapat merasakan bahawa engkaulah gadis solehah yang aku cari-cari selama ini.

Sayangku,

Sesungguhnya aku amat tertarik akan keindahan akhlak peribadimu dan itu amat membuatkan hatiku berdebar saat bertemu denganmu walaupun kau sentiasa menundukkan pandangan mata. Aku masih dapat melihat terpancarnya sinar nur dari wajahmu. Aku tidak memandang pada kejelitaan.. walau kurangnya paras rupamu, aku tetap bertekad ingin menyuntingmu buat menjadi isteriku dunia dan akhirat.

Wahai bidadariku,

Aku tidak sabar untuk menjadi suamimu.. merawat luka dan menghiburkan hatimu agar dikau sentiasa bahagia dalam mencari redha Ilahi, ku juga ingin merasa belaian mesra dari mu. Kerna itu aku sentiasa berdoa agar dikau menjadi pendampingku.

Kekasihku,

Aku ingin sentiasa membisikkan kalimah-kalimah suci di telingamu.. agar dikau dapat merasakan besarnya keagungan Allah s.w.t. Ku ingin mengejutkanmu saat malam yang dingin untuk sujud menyembah Ilahi.. Aku ingin membimbingmu dan aku juga mahu agar dikau sentiasa bersedia untuk menegur segala kekhilafanku.

Buat bakal isteriku,

Redha dan terimalah atas apa-apa sahaja ketentuan-Nya. Kerana Dia lebih mengetahui.. Jika benar kau adalah jodohku dan bakal calon bidadariku, aku memohon pada Ilahi agar dipercepatkan ijab dan kabul ini agar aku sah menjadi suami yang dapat mengimamkan solatmu..

Sekian sahaja warkahku ini..

Hanya satu pesananku. Jika kau mencintaiku, cintailah aku kerana Ilahi. Kerana aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa melainkan sekeping hati yang ikhlas mencintaimu kerana Allah..

Ikhlas daripada bakal suamimu..

Tuesday, June 7, 2011

inteam- impian kasih