Friday, October 19, 2012

CaSabrina

Assalamu'alaikum and great day.!!!

Its a hectic day for me and my office.. 1 big event in the morning with a vip to entertain.. Alhamdulillah everything goes well and according to plan..

And now, im in 'heaven'.. a beautiful place.. tmpat yang sgt cantik untuk bulan madu serta lari dari kesibukan kota.. Casabrina nama diberi, brtempat di bentong pahang..

Bg penggemar2 tpt percutian, ini adalah destinasi yang sgt di syorkan.. tapi bukan untuk mereka yang suka bajet holiday. Kerana tpt ini agak mahal..

View dari dalam bilik, view dari balcony dan view dari pintu keluar sgt cantik.. berlatar belakangkan pemandangan pergunungan di area pahang.. tempat ini juga agak strategik dimana ianya dibina diatas bukit. Udaranya yang segar, pemandangan yang cantik makanan yang enak. Pakej yang lengkap bagi mereka yang ingin lari dari kota kesibukan kota metropolitan.


Wednesday, October 17, 2012

New Weapon For Training.!!

Assalamu'alaikum and Great Day.!!

Today, i received a new shoes for training.. more on jogging and fitness. Thanks for Pumass.. hehehe.. with this new shoes, and the support that i get..

Dah try contact member2 yang penah pegi nepal.. EBC or Annapurna.. sume xjawab.. huh..!! Aku nk tnya je pun.. Bukannya nk souvenier ke apa.. tp xpe.. aku xkan pernah menyerah kalah.. walau sesaat pun..

But, as at now, aku dah draft a lil  bit on training schedule.. hopefully, bila aku
Balik dari teambuilding nnti (office punya event), aku dah siapkan draft tuk schedule training aku.. kemungkinan, dalam training tu, ada 1 gunung yang aku akan daki nanti area2 jauh dari semenanjung.. insyaAllah, hopefully draft training ni approved by the authority.. hehe.. aku ada pasang niat nak dptkan sponsorship dari opis aku.. hahaha.

Ok, enough for today.. nak tdo, dulu.. CZ dah memanggil2 sayup je tu.. nite all. Salam 1 Malaysia, salam muhibbah dan wassalam..


Tuesday, October 16, 2012

Journey to EBC

Assalamu'alaikum and Great Day.!

its been a while since my last update.. hehe. being bz? maybe.. from now onward, im going to update more on my journey to EBC.. you might wonder, what is EBC right? and why im writing in english.. hahaha.. the reason are... NONE.. haha.. saja nk tulis in english.. ok enough with the nonsense..

What is EBC? EBC adalah short form bagi Everest Base Camp... Yaaaa.. Everest Base Camp... last week dapat 1 mesej dari kawan lama,.. mesej yang mengGEMPARkan hati sanubari bagi org2 yang macm aku..

"zack, jom naik everest base camp, akak sponsor ticket.. tp in return, zack kna train akak, akak nk naik sana jugak.. amacam?

siapa yang tak tergugat iman dia klau dapat mesej macam tu.. aku dengan tanpa memikirkan siapa disebelah aku ketika itu, apa pn yang akan aku hadap, aku membalas mesej tu dengan mengatakan yang aku ON jee.. heheh..

rasa macam mimpi jadi reality wooo.. memang aku mengimpikan untuk ke sana, sebab apa? sebab pemandangan dia sangat cantik.. begitu indah ciptaan Allah SWT.. aku akan ke sana insyaAllah, untuk menikmati pemandangan dunia yang sangat indah..

salah satu pemandangan dalam perjalanan ke EBC.. cantik tak?

tent yang bertabur dekat area EBC..

Map and route to EBC.. rasanya akan ikut route kalapatthar.

banyak benda nak kna prepare untuk ke sana.. antaranya, fizikal, mental, equipment dan sebagainya.. tapi, buat sementara waktu ni, aku akan sediakan dengan jadual latihan tuk aku dan akak tu nanti.. 

ok dah.. nanti aku update laen pasal training2 aku yee.. salam 1 malaysia, salam muhibbah dan wassalam..

Tuesday, August 23, 2011

Fenomena Tercemar

Pendahuluan: fenomena kahwin.

"awak, saya ada masalah berat ni.."

"insya-Allah, selagi boleh, hasna' akan cuba bantu..^^. Masalah apa ya?"

"saya nak kawin. Apa pandangan awak?".

Terkedu. Ini sudah masuk kali ke berapa ribu (hyperbola) orang-orang di sekeliling saya membicarakan tentang perkahwinan. Dan setiap kali itu jugalah saya akan terdiam. Berfikir. Sebelum menyusun kata. Atau mungkin sebenarnya terdiam. Berfikir. Dan menahan sabar.

Fenomena tercemar.

A: "saya tak mampu la awak.."

B:"daripada buat maksiat baik kawin".

C:"ala, orang lain couple, berdosa. Jadi, saya pilih untuk kawin."

D:"…….sebab ramai kawan-kawan kawin, saya pun nak kahwin la juga".

Antara jawapan yang diterima. Dan saya akan terus sebak.

Sungguh. Jahiliyyah telah benar-benar berjaya. Sehingga ramai yang melihat bahawa perkahwinan adalah jalan terbaik menolak kemaksiatan.

"elok bagi menikah awal, tak payah buat maksiat". Selesai masalah.

Semudah itukah?

Sahabat, itu bukan peperangan sebenar.

Selalu saya bawa isu ini dalam perbincangan dengan sahabat-sahabat terdekat bahawa fenomena 'beriya nak kahwin' ini adalah natijah dari sistem jahiliyyah yang rosak dan bukan sebuah penyelesaian sebenar.

Sistem jahiliyyah yang menggempar gempurkan fenomena seks, cinta, couple, berpegang tangan, berpelukan, ada kekasih sebagai tempat meluahkan perasaan, ada bahu jejaka yang dapat dijadikan tempat menangis dan segala. Lambakan cinta versi Korea, versi Eropah, versi Bollywood, versi Indonesia, versi Malaysia, versi Jepun, versi Thailand dan segala yang menghantui kehidupan sehari-hari masyarakat hari ini.

Sehingga lahirlah jiwa-jiwa anak muda yang goyah dan langsung kecundang. Malah fenomena ini turut menenggelamkan anak-anak muda yang bekerja, lantas terciptanya fenomena 'cinta islami', 'cinta ana anta', 'kahwin awal untuk elak zina' dan segala.

Fenomena anak-anak muda yang sibuk memikirkan tentang rumah tangga, tetapi lupa tentang persediaan –persediaan ke arah rumah tangga. Sehingga lahirlah lambakan kepincangan institusi kekeluargaan kerana awal pembinaannya hanya sebagai jalan mudah untuk melarikan diri dari masalah.

Sahabat, jahiliyyah itu tidak dapat dihapuskan dengan jahiliyyah juga.

Kita melihat maksiat itu jahiliyyah, tetapi kita terlupa bahawa terburu-buru itu juga jahiliyyah. Kita terlupa, mengabaikan persediaan menjadi muslim mukmin yang sebenar sebelum membina baitul muslim itu adalah jahiliyyah.

Kita melihat zina itu jahiliyyah, tetapi kita terlupa membina suatu amanah dengan matlamat yang tidak sempurna juga adalah jahiliyyah. Kita terlupa, ceteknya kepekaan kita terhadap besarnya peranan teliti dalam membina Baitul Muslim itu adalah jahiliyyah.

Kita melihat fenomena membiarkan diri dalam kemaksiatan hati itu jahiliyyah, tetapi kita terlupa tidak bersungguh-sungguh keluar dari kepompong (cinta dan perasaan) itu dengan meningkatkan tahajjud dan tawakkal juga adalah jahiliyyah. Kita terlupa memebiarkan diri untuk terus tenggelam dalam fenomena ini juga adalah jahiliyyah. Kita terlupa, pengabaian kita dari melaksanakan DnT (yang lebih utama) itu adalah jahiliyyah.

Jahiliyyah itu tidak dapat dihapuskan dengan jahiliyyah juga melainkan hanya akan terus memenangkan sistem jahiliyyah itu sendiri.

Maka lahirlah lambakan runtuhan institusi kekeluargaan akibat fenomena terkejut dengan realiti (permasalahan-permaslahan rumahtangga) selepas hilang kenikmatan (fatrah bulan madu) akibat tidak melalui pendedahan awal matlamat rumah tangga sebenar. Lantaran matlamat hanya disandarkan pada cinta dan nafsu, selepas hilang kedua itu, maka tidak ada kekuatan lain yang mampu menampung kebahagiaan sesebuah rumahtangga itu.

Maka lahirlah rumah tangga-rumah tangga yang pincang dari suasana sebenar yang seharusnya Baitul Muslim itu miliki lantaran tidak melalui pendedahan sebenar ciri-ciri wajib yang perlu ada dalam sesebuah Baitul Muslim itu.

Maka lahirlah kelesuan dalam amal Islami akibat 'amiliin-'amiliin (terutama bahagian akhawat) yang kurang berkemahiran mengimbangkan antara tuntutan rumah dengan tuntutan dakwah, yang sentiasa berhajat kepada tenaga dan masa sehingga mengikat kakinya untuk keluar melaksanakan amanah tersebut.

Maka lahirlah generasi demi generasi yang terus terbiar. Tanpa dididik dengan didikan Islam secara syamil dan kamil, lantaran kecetekan ibu dan ayahnya dalam urgensi ilmu tarbiyatul awlad. Sedangkan anak-anak adalah peluang terbesar kita dalam titik awal untuk membentuk masyarakat muslim.

Perkara asas yang perlu ada sebelum memikirkan rumah tangga: Bina suasana halaqah rumah tangga.

Saya masih muda. Malah belum mendirikan rumah tangga. Dan sejujurnya belum berminat ke arah itu insya-Allah. Namun usaha saya sekarang ini adalah belajar untuk mempersiapkan diri.

Dan perkara penting yang saya lihat, yang WAJIB ada bagi mereka yang berhajat untuk mendirikan baitul muslim (rasanya semua berhajat kan?) ialah proses diri dan tingkatkan kefahaman sehingga mampu untuk menghidupkan halaqah bersama ahli-ahli rumah. Itu adalah minimum.

Kerana hakikat amanah baitul muslim itu ialah, kerahan secara maksimum segala usaha untuk menyelamatkan diri kita dan seluruh keluarga kita dari seksa api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.

يايهاالذين ءا منوا قواانفسكم واهليكم نارا وقودهاالناس والحجا رة

"Wahai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu." (At Tahrim: 6)


Lalu, mustahil kita mampu melaksanakan amanah itu tanpa persediaan yang cukup rapi dan teliti. Mustahil kita mampu jika melihat rumah tangga itu hanya untuk menyalurkan nafsu melalui jalan yang halal, atau melihat rumah tangga itu hanya untuk memiliki seseorang yang dapat melengkapkan kehidupan kita.

Mari keluar dari kepompong itu sahabat..!

Rumah tangga muslim yang sebenar itu adalah Tanggungjawab dan markaz pengamalan Islam.

Sebak membaca hadith riwayat Abu Daud:

Bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk solat, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu solat dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya" (hadis sohih)

Alangkah indahnya jika setiap Baitul Muslim itu terbina dengan kefahaman itu.

Petikan dari buku Jalan Dakwah, Mustafa Masyhur:

"Sebagaimana kita menghendaki bentuk yang benar dan hidup bagai Islam dan seorang

muslim yang benar akidahnya, yang benar ibadatnya, yang benar akhlaknya, yang benar sikap dan

yang benar segala tindak tanduk dan perkataannya, demikian juga kita menghendaki rumahtangga

muslim itu supaya menjadi pusat perlaksanaan segenap ajaran Islam di dalam hidup berkeluarga

dengan perlaksanaan yang selamat sejahtera dan teliti. Kita ingin melihat suami muslim yang

memikul tanggungjawab terhadap rumahtangganya menurut ketentuan Islam. Kita mahu melihat

bapa muslim yang memelihara anak-anaknya dengan adab-adab Islam, memberi kefahaman Islam

yang sejati kepada mereka dan mengawasi mereka pada setiap peringkat hidup mereka. Kita mahu

melihat isteri muslimah yang menjadikan rumahtangga sebagai taman sari yang memuaskan dan

menggembirakan suaminya.



Di dalamnya terdapat hiburan dan keberkatan jauh dari kepayahan dan penat lelah

perjuangan dan menolong suaminya mentaati Allah Taala. Alangkah indah dan hebatnya kata-kata

yang diucapkan oleh seorang isteri kepada suaminya tatkala dia keluar dari rumahnya di waktu

pagi: "Bertakwalah kepada Allah di dalam urusan kami dan janganlah kekanda memberi kami

makanan kecuali yang halal dan baik-baik sahaja".



Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim ini, ibu muslim yang memelihara anak-anak

dan membentuk mereka menurut acuan Islam kerana dialah yang sentiasa berdamping dengan

mereka. Inilah risalah, amanah dan tugas para wanita dan isteri yang paling penting yang selama ini

cuba dihapuskan oleh musuh-musuh manusia. Mereka cuba menyelewengkan fakta-fakta ini dari

para isteri dengan berbagai-bagai pembohongan dan penipuan dengan tujuan untuk merobohkan

bangunan masyarakat.



Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim itu, putera puteri Islam yang sejati yang

memperhambakan diri mereka kepada Tuhan. Mereka mentaati Allah, berbuat baik dan berjasa

kepada ibu bapa. Mereka bergaul dengan sahabat-sahabat mereka menurut adab-adab Islam dan

tidak lahir dari mulut sepatah perkataan dan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan Islam.

Kita mengingini rumahtangga muslim yang memelihara hubungan silaturrahim, yang sentiasa

mengambil berat urusan kerabat dan menyempurnakan hak-hak mereka. Kita mahu melihat

rumahtangga dan keluarga muslim menjadi satu bentuk yang ulung di mana Islam telah terpahat

kukuh di dalam diri mereka. Mereka bergaul baik dengan khadam mereka, di mana khadam mereka

makan apa yang mereka makan dan berpakaian seperti apa yang mereka pakai dan tidak

membebankan sesuatu bebanan di luar kemampuannya. Apabila mereka membebankan sesuatu di

luar kemampuannya, mereka menolongnya.



Kita ingin melihat dari rumahtangga muslim itu satu bentu yang unik sebagaimana yang

telah digariskan oleh Islam tentang berbuat baik di dalam bermuamalah dengan jiran. Mereka

menyempurnakan hak jiran sebagaimana peranan Rasulullah s.a.w.



Kita menghendaki rumahtangga muslim yang melahirkan contoh teladan yang baik dalam

setiap aspek kehidupan. Dengan fesyen pakaian yang Islamik, makanan dan minuman yang halal,

akhlak yang mulia, sikap yang Islamik, gaya yang Islamik dalam setiap adat dan tradisi, di waktu

suka dan duka. Mereka menjauhi segala unsur-unsur jahiliah dan budaya jahiliah yang diimport

dari luar. Kita tidak mahu melihat dari golongan sahib-ad-dakwah yang menyeru manusia kepada

Allah, yang berjalan di atas jalan dakwah, melakukan sebarang kecuaian atau kelalaian di dalam

melahirkan serta membina anggota-anggota keluarganya dengan ajaran Islam di dalam sebarang

lapangan kehidupan keluarganya. Sesungguhnya orang yang lemah dalam memimpin

rumahtangganya tidak akan mampu memimpin orang lain apatah lagi rumahtangga orang lain.



Rumahtangga muslim yang sejati menurut tabiat dan lojiknya mesti menjadi pusat dakwah

Islam. Setiap anggota keluarga yang akil baligh wajib menjadi sahibud-dakwah, pendokong

dakwah, menyeru rumahtangga dan keluarga sekitarnya kepada Allah dengan penuh kesabaran,

dengan hikmah dan nasihat yang baik. Isteri yang solehah mampu menarik hati jiran-jiran dengan

dakwah kepada Allah. Kehadiran mereka merubah majlis-majlis yang dikuasai oleh umpat

mengumpat dan sia-sia menjadi majlis-majlis ilmu dan pelajaran dan ke arah memahami urusan

agama.



Bidang dakwah Islam sangat memerlukan saudari muslimat yang menyeru manusia kepada

Allah, supaya memainkan peranannya di kalangan puteri bangsanya. Sesungguhnya wanita hari ini

kecuali yang telah mendapat taufik Allah telah dijadikan boneka oleh musuh-musuh Islam untuk

meruntuhkan dirinya dan memusnahkan orang lain. Tetapi kita hendaklah menjadikannya sebagai

wanita solehah yang turut bersama kita untuk memperbaiki yang rosak dan membangunkan yang

maaruf dan merobohkan yang mungkar serta menghapuskan yang batil, menyokong kemuliaan dan

memerangi kehinaan.



Kita menghendaki rumahtangga muslim sebagai rumah api yang memberi panduan dan

petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya. la menghapuskan dan

memusnahkan segala kegelapan di sekelilingnya serta menyinari jalannya untuk dilalui oleh

mereka. Dengan bertambahnya rumah-rumah muslim seperti ini akan bersambung-sambunglah

daerah-daerah nur dan cahaya dan bercantum di antara satu sama lain sehingga mampu menyinari

masyarakat. Maka dengan demikian keperibadian Islam mampu menyinari masyarakat dan

memimpinnya di bawah naungan Islam. Lantaran itu kemuliaan mudah dikembang-biakkan dan

kejahatan mudah dihapuskan. Barulah mudah dibentuk dasar dan asas keimanan yang bersih dan

mantap sebagai asas bangunan Islam dan pemerintahan Islam seterusnya kerajaan Islam yang

global.



Untuk itu, saudara saudari putera puteri Islam harus dan patut bersungguh-sungguh dan

bersegera membangunkan rumahtangga muslim yang ideal yang menjadi model Islam yang sejati

untuk menjadi contoh teladan kepada generasi baharu. Ini adalah satu langkah yang penting dan

asasi di jalan dakwah Islam. Mohonlah pertolongan dari Allah supaya Allah mudahkan dan jangan

menyusahkan. "

Penutup: Mari serius dalam membina generasi Rabbani..!

Sungguh. Saya juga masih banyak kelemahan dan kekurangan. Hanya kepada Allah diadukan agar terus diberi kekuatan untuk terus sabar, ikhlas dan istiqamah dalam membina keperibadian muslim yang Allah redha itu.

Jujur. Bukan mudah. Tetapi apakah ada yang lebih baik dari syurga Allah?

"Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dialah sebaik-baik Pelindung" (ali Imran:173)

Paling penting, artikel ini ditulis bukan untuk menakutkan sesebuah pernikahan tetapi mengajak kita untuk sama-sama berfikir sebelum 'beriya untuk bernikah'. Dengan kondisi kita sekarang ini, mampukah kita menjadikan rumahtangga kita sebagai markaz DnT? Jika belum, ayuh terus gandakan usaha dan tawakkal dalam mempersiapkan diri kita ke arah itu insyaAllah.

Monday, August 8, 2011

Ishtikharah Cinta

Diatas Sajadah malam ini, aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam, meraba rahsia Mu Ya Allah atas jodoh yang kan kau pilihkan untukku, istikarah mencari jawapan untuk menggapai alhub fillah wa lillah dalam doa, ku bersimpuh pasrah memohon datangnya jawapan kepada Sang Pemberi hidayah bila jawapan itu masih menggantung di langit maka turunkanlah, bila jawapan itu masih terpendam di perut bumi maka keluarkanlah, bila jawapan itu sulit ku raih maka mudahkanlah, bila jawapan itu masih jauh maka dekatkanlah.


Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu Ya Allah, terbaik buat agamaku Ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat Ya Allah, maka aku memohon kepadaMu YaAllah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu Ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu Ya Allah, pasti terbaik buat diriku Ya Allah.

Namun Ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba YaAllah, maka Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku Ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, Ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku Ya Allah. Amin

Tuesday, July 19, 2011

Ya Rabb, Izinkan Aku Jatuh Cinta

Ya Rabb, Izinkan Aku Jatuh Cinta

Ada pinta dalam bait kata

Ada senandung jiwa dalam syair hati

Ada kerelaan dalam melangitnya rasa cita

Kala cahaya cinta berpendam di taman hati

.

Rabb…

“Ku ingin dia menjadi belahan jiwa

Untuk menyempurna agama

Kala mitsaqan ghaliza telah mematri kami

.

Rabb…

Izinkan aku membisikkan kata

“Aku sungguh jatuh cinta padanya”

Kala senyum bahagia kami merekah

.

Rabb…

Ku berharap meminta

“Tumpahkan barakah-Mu keatas kami”

Dikala ‘ku sentuh jemarinya’ yang lembut

.

Rabb…

“Semoga kan menjadi taburan pahala”

Kala bahtera kehidupan terlayari

.

Rabb….

Ku menadah jemari

“Jadikan kami sepasang cinta di dunia dan akhirat”

Kala bunga cinta kami bersemi mekar

.

Rabb…

“Semoga mereka akan jadi pelita

Semoga mereka akan jadi lentera

Semoga mereka akan menjadi senyuman bangga

Abi dan ummi nya di Yaumil hisab kelak”

.

Rabb…

Izinkan daku jatuh cinta

Kepada yang layak aku cinta

.

Rabb…

Izinkan daku jatuh cinta

Hanya untuk seseorang

Yang telah diredhai dan diizinkan oleh Mu



Friday, July 8, 2011

Kenduri Alwi






last wiken (2/7/2011) kami p sabak bernam, kenduri ex colleague aku ketika di unirazak dl.. p 4 bijik keta.. konvoi ramai2 dari shah alam.. perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam setengah, sbb kami mngikut ezwan aplus, dia sorang je tau rumah alwi ni kat mana.. hehehe... smpai je kat umah pengantin, kami terus menjamu selera.. heheh.. tapi aku berkesempatan untuk mengambil gambar mereka2 yang ikut skali sblom aku pn mnjamu selera.. ni first time aku p kenduri kawen ada lauk kerang.. layan gak.. heheh.. habis je kami menjamu selera, masing2 sume berposing tuk ambik gambar... gambar sesama mereka, gambar bersama pengantin.. sume ada.. meriah gak knduri tu dengan ketibaan kami.. kami siap request pengantin menyanyikan lagu lagi.. heheh... faqrul dan linda pn menyanyi atas permintaan pengantin.. hehehe.. lpas p kenduri tu, kami terus menuju ke pantai PNO.. aku pnah p kat situ skali, amek gmbar member aku tunang.. permandangan dia agak menarik la.. pastu ada kedai mee udang yang sedap kat situ, walaupun tak berkesempatan nk makan kat kedai tu.. (sebab tengah kenyang lg).. tapi aku rasa seronok sangat time tu.. walaupun masa berlalu dengan pantas.. tapi aku dapat rasakan, hari tu adalah antara hari yang terbaik yang pernah aku alami.. :D ....

Sunday, July 3, 2011

Disebalik Israk dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj
Pada suatu malam ketika Rasulullah sedang tidur, tiba tiba beliau di datangi oleh 2 malaikat iaitu Jibrail dan Mikhail, baginda telah menjalani proses pembedahan dan hati beliau telah di cuci dengan air zam zam, maka dibuangkan ketulan ketulan hitam iaitu tempat Syaitan membisikkan was wasnya, kemudian di tuangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah. Kemudian dada baginda di jahit dan selesai pembedahan baginda di datangi satu binatang bernama Buraq yang mana ia boleh berjalan dengan sepantas kelajuan kilat dan maka bermulalah peristiwa luar biasa baginda bernama israk.

Ketika Israk
Israk adalah perjalanan baginda dari Mekah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis Israel / Palestin kini. Sepanjang perjalanan baginda di temani oleh dua malaikat Jibrail dan Mikhail. Di dalam perjalanan itu Jibrail mengarahkan baginda agar berhenti di beberapa tempat mulia dan bersejarah serta menunaikan solat sunat 2 rakaat seperti :
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Di dalam perjalana israk juga baginda turut di ganggu oleh jin Afrit dengan api jamung dan Jibrail telah mengajarkan baginda satu doa untuk mengelak dari gangguan tersebut.

Di dalam perjalanan tersebut beberapa peristiwa telah baginda saksikan (untuk menjadi pengajaran kepada umat manusia akhir zaman) seperti :
  1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
  3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
  11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
  13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di Masjidil Aqsa, Buraq telah ditambat di suatu tempat dan baginda solat berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Jibrail menghulurkan kepada baginda minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


Ketika Mikraj
Mikraj bermakna menaiki tangga ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah (tangga emas dan perak dari bumi ke langit ke-7 hingga menemui Allah di tangga ke 10). Mikraj adalah merupakan tangga dari syurga yang mengangkat baginda dan malaikat Jibrail pintu langit dunia di beri nama Hafzhah. Di sepanjang perjalanan melepasi lapisan lapisan langit itu beberapa peristiwa berlaku hingga lah ke tangga ke 10 seperti :

  1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan
  2. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
  3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
  4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
  5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
  6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu
"LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH",

mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:

SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan
WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM.
Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah)

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata- permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al- Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad

Dikatakan antara dialog Allah dan baginda adalah (saya ringkaskan untuk mengelakkan kekeliruan) :
  1. Aku ambilmu sebagai kekasih.
  2. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.
  3. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat.
  4. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat.
  5. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu.
  6. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy.
  7. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar.
  8. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu.
  9. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.


Intipati isi ini telah saya permudahkan untuk di baca dan di fahami oleh pembaca umum dan juga di ambilo dari beberapa pembacaan dan juga laman web.

DI bawah saya turut sertakan maksud maksud perkataan dan terma tertentu bagi memudahkan pemahaman iaitu :
  1. Buraq - adalah sejenis makhluk ciptaan Allah yang menyerupai haiwan sedikit besar dari keldai dan sedikit kecil dari baghal (haiwan kacukan keldai dan kuda), ada juga mengatakan ia haiwan berupa kuda putih dan bersayap burung berbulu pelepah, namun apa yang pasti ia dijadikan oleh Allah tanpa daging, darah dan tulang sebaliknya ia diciptakan dari cahaya, itu sebabnya dinamakan Buraq iaitu bermakna kilat cahaya. Apakah implikasi dan konsep pergerakkan pantas zaman Baginda yang di adaptasi zaman kini????? iaitu konsep kelajuan cahaya untuk bergerak pantas, saintis kini menjalankan pelbagai ujian dan pengiraan untuk mencipta mesin yang boleh bergerak dengan kelajuan cahaya.
  2. Arasy - bermakna tempat bersemanyam Allah menurut Al-Quran, ia juga bermakna singahsana, bangunan, istana dan juga takhta, namun kita tidak boleh menyamakan kaedah Allah bersemanyam dengan cara makhluk bersemanyam/duduk. Kerana Allah tidak boleh di samakan dengan apa sekali pun makhluk yang ada di dunia hatta alam galaksi ciptaanya, maka dengan ini hanya Allah sahaya yang mengetahui.
  3. Ketika ini jugalah arah kiblat bertukar dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram (Mekah)

Wallahuallam......

Tuesday, June 28, 2011

1 Hari..

29 Jun 2011,

Tinggal sehari jer lagi aku kat UniRazak ni.. Terharu ada, Sedih ada, Gembira ada.. Semua aku dh rasai kat UniRazak ni.. semua kenangan2 tu akan aku bwak ke tempat kerja aku yang baru..

Kepada mereka2 yang selalu kna kacau ngn aku, 10 jari disusun memohon kemaafan andai aku ada terkasar bahasa, tersakitkan hati kalian.. Maafkan aku, aku ni sekadar seorang hamba Allah yang hina.. tidak lepas dari kealpaan..

Aku masih akan perjuangkan Nama UniRazak lagi, walaupn aku dh tinggalkan UniRazak.. heheh.. apa yang akan aku perjuangkan adalah dalam arena bola sepak.. heheh. ada friendly tak lama lagi..

Friday, June 24, 2011

Juru - Gambar..

Honestly speaking.. can i be your personal photographer? can i take your picture everyday until the end of my life without fail? can i be your.............


Ya Allah Yang Maha Mengetahui,

Seandainya dia adalah yang terbaik untukku, untuk agamaku, untuk masa depanku, untuk keluargaku, maka Kau satukanlah hatinya dengan hatiku, kurniakanlah aku kesabaran, keteguhan serta kekuatan, dalam perjuangan untuk memperisterikannya.
Kau lembutkanlah serta Kau bukalah hatinya untuk menerima aku seadanya sebagai mana aku menerimanya Ya Allah.. Kau jauhkanlah segala musibah dan percepatkanlah jodoh kami.

Ya Rabb,

Dan Seandainya dia bukan jodohku, Kau jauhkanlah dia dariku supaya aku terselamat dari perbuatan maksiat dan putus asa.

Amin Ya Rabbal Alamin..

Amin Ya Rabbal Alamin..


Saturday, June 18, 2011

UniRazak Dihati Ku.. :D



Through out my 2 years ++ at the univerisity.. banyak pahit manis yang telah aku lalui.. but most of them manis2 belake.. hehehe..
banyak ilmu serta pengalaman yang aku dah dapat sewaktu aku bekerja disini... walaupun aku akan berhijrah ke tempat lain, tak beerti aku akan lupakan tempat ni.. tempat ni la yang mnjadikan aku sekarang ni.. tempat ni la yang banyak bg aku ilmu tentang kerja2 yang aku lakukan sekarang.. dan orang2 kat tempat ni lah yang telah sedikit sebanyak mmberi seribu erti dalam hidup aku.. terima kasih para sahabat serta para perjuang Universiti Tun Abdul Razak.. jasa kalian semua takkan dapat aku balas.. Semoga Allah membalas jasa baik kalian smua.. dan jangan biarkan semangat juang demi menaikkan taraf universiti ni sebagai antara universiti yang terulung di Malaysia luntur dari dalam diri kalian smua.. akhir kata.. Unirazak DIHATI ku..

P/S : klau ada orang2 yang takde dalam gmbar tu, maaf yer, slide tak lama, 3 mnit jer.. nk ltak smua nnti, dh abes lagu, gmbar tak abes2 lagi.. walauapa pun, kalian semua tetap akan berada didalam hati saya.. :D

Sunday, June 12, 2011

Jawapan yang Pasti

Mungkin itulah jawapan bagi solat istikharah yang aku lakukan tu. Mungkin sudah smpai masanya aku pergi, Aku redha dgan apa yang telah terjadi.. Segala usaha aku kat sini, segala penat lelah aku kat sini, macam langsung tak dihargai, aku sedar, sejak akhir2 ni aku sering datang lambat, tapi tak bermakna segala kerja2 yang diberikan tu tak siap, aku siapkan kerja aku walaupun aku terpaksa stay back smpai kul 11 skali pun.. Lumrah manusia, selalu mencari kesalahan orang, apabila kita melakukan kebaikan, mereka langsung tak nampak dan tak hargai.. Aku hanya mampu bersabar buat masa ni.. 17 hari yang mendatang akan mnjadi 17 hari yang paling lama dalam hidup aku.. apa lagi yang mampu aku lakukan selain usaha, doa dan tawakkal kepada Allah Yang Maha Esa.. Ya Allah, Semoga Kau permudahkan segala urusan ku yang mendatang..

Thursday, June 9, 2011

Warkah Buatmu

Assalamualaikum...

Apa khabar bidadariku? Semoga bakal isteriku ini sentiasa tenang berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal alamin..

Bidadariku,

Tahukah dikau yang aku sentiasa merinduimu? Aku sentiasa berdoa agar dipertemukan denganmu kelak dan sesunggunhnya Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Dia telah menemukan aku denganmu.. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, namun aku dapat merasakan bahawa engkaulah gadis solehah yang aku cari-cari selama ini.

Sayangku,

Sesungguhnya aku amat tertarik akan keindahan akhlak peribadimu dan itu amat membuatkan hatiku berdebar saat bertemu denganmu walaupun kau sentiasa menundukkan pandangan mata. Aku masih dapat melihat terpancarnya sinar nur dari wajahmu. Aku tidak memandang pada kejelitaan.. walau kurangnya paras rupamu, aku tetap bertekad ingin menyuntingmu buat menjadi isteriku dunia dan akhirat.

Wahai bidadariku,

Aku tidak sabar untuk menjadi suamimu.. merawat luka dan menghiburkan hatimu agar dikau sentiasa bahagia dalam mencari redha Ilahi, ku juga ingin merasa belaian mesra dari mu. Kerna itu aku sentiasa berdoa agar dikau menjadi pendampingku.

Kekasihku,

Aku ingin sentiasa membisikkan kalimah-kalimah suci di telingamu.. agar dikau dapat merasakan besarnya keagungan Allah s.w.t. Ku ingin mengejutkanmu saat malam yang dingin untuk sujud menyembah Ilahi.. Aku ingin membimbingmu dan aku juga mahu agar dikau sentiasa bersedia untuk menegur segala kekhilafanku.

Buat bakal isteriku,

Redha dan terimalah atas apa-apa sahaja ketentuan-Nya. Kerana Dia lebih mengetahui.. Jika benar kau adalah jodohku dan bakal calon bidadariku, aku memohon pada Ilahi agar dipercepatkan ijab dan kabul ini agar aku sah menjadi suami yang dapat mengimamkan solatmu..

Sekian sahaja warkahku ini..

Hanya satu pesananku. Jika kau mencintaiku, cintailah aku kerana Ilahi. Kerana aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa melainkan sekeping hati yang ikhlas mencintaimu kerana Allah..

Ikhlas daripada bakal suamimu..